Friday, August 28, 2009

KBT

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

-SUDAH LAMA WUJUD DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA.

  • KBT MENGUTAMAKAN PENGALAMAN DLM KELAS.
  • KBT SESUAI DGN ALAM KEHIDUPAN & REALITI SENARIO DUNIA YANG GLOBAL.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir dipelajari melalui soalan dan aktiviti yg memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dlm aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran Berfikir sangat penting kpd pelajar, khususnya dlm kehidupan harian dan kerjaya waima drp segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Kemahiran ini perlu dipelajari agar pelajar boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima mel elektronik (e. mel), menggunakan aplikasi perisian dalam menguruskan tugas seharian, dan memperoleh maklumat melalui internet.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

KBCB perlu dipelajari agar pelajar peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.

Penguasaan KBCB memudahkan atau membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan, kecekapan bertindak untuk menghadapi dunia yg sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

KAJIAN MASA DEPAN

KMD ialah pendekatan pengajaran untuk mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang sudah berlaku pada masa lalu, isu sekarang, dan masa depan.

KMD membolehkan pelajar membuat ramalan, menjangka akibat dan mengendalikan perubahan agar memperoleh manfaat yang maksimum.

KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan Perbagai ini menyediakan pembelajaran yg sesuai dgn minat dan kecenderungan pelajar. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai kecerdasan dan kebolehan yg berbeza-beza.


Kecerdasan Pelbagai termasuklah :

- kecerdasan verbal-linguistik,

- logik-matematik,

- muzik, kinestatik,

- visual-ruang,

- interpersonal, dan

- potensi kecerdasan pelajar.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Pembelajaran Konstruktivisme dapat menghasilkan pelajar yg boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

PK membolehkan pelajar lebih faham, lebih yakin dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dgn pengalaman harian pelajar, masyarakat dan alam pekerjaan.

Pembelajaran ini disampaikan dlm persekitaran yg perbagai-bagai, secara konkrit serta yang melibatkan latihan amal dan berfikir.

Pembelajaran terjadi apabila pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dgn kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment