Friday, September 4, 2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN POSES PENJAJAHAN BARAT DI MYANMAR PADA ABAD KE-19.

So..hari ni kita belajar sejarah Asia Tenggara sikit ek..hehe..

Perdagangan
Saudagar British sedar kedudukan Hulu Myanmar sebagai pintu perdagangan mereka dengan barat Negara China.
Saudagar British tidak berpuas hati dengan Myanmar yang disifatkan tidak mematuhi perjanjian perdagangan 1862.
menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa ke Hulu Myanmar dari Irrawady
kebebasan kepada saudagar British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irrawady
ejen British ditempatkan di Mandalay
Raja Myanmar juga memonopoli gula, gading dan gandum
Oleh itu, saudagar British berasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British campur tangan d Hulu Myanmar.

Perjanjian Yandaboo
Disifatkan sebagai berat sebelah
Myanmar terpaksa menyerahkan Arakan dan Tenasserim kepada British
Myanmar juga bersetuju agar menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur
Berjanji tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal kedua-dua negeri tersebut
Ganti rugi sebanyak 10 juta rupi kepada British
Residen British turut ditempatkan di Burma

Politik
Kekacauan politik di Myanmar sebagai alasan campur tangan di Hulu Myanmar
Thibaw (1878-85) banyak berlaku kacau-bilau
Keadaan Hulu Myanmar yang tidak aman alasan British campur tangan, sedangkan keadaan ini telah menyebabkan perniagaan mereka terganggu. Ini dapat dilihat melalui usaha saudagar British yang mendesak kerajaan British menguasai Hulu Myanmar.
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma
Sebab Perang British-Burma Ketiga
Kayu jati melebihi had
Rasuah kepada pegawai dan tidak membayar gaji kepada pekerja Myanmar
Raja Thibaw mengenakan denda sebanyak 23 juta rupi dan merampas hak pembalakan
Raja Thibaw bersetuju membatalkan denda ke atas Syarikat Bombay-Burma sekiranya ada rayuan
Bersetuju menerima wakil British, segala urusan Myanmar dikendalikan oleh Myanmar
Myanmar meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat yang lain dan hak perdagangan yang sama akan diberikan kepada semua kuasa Barat
British tidak berpuas hati dengan jawapan Raja Thibaw mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada 1855

Kesimpulan
Faktor-faktor penting yang menyebabkan penjajahan Barat ialah faktor kepentingan ekonomi dan prinsip imperialisme yang memperluaskan kuasa British di Myanmar. Tambahan pula, penjajahan barat di Myanmar adalah kerana perkembangan imperialisme Barat ke rantau Asia Tenggara selepas berlakunya Revolusi Industri di Britain.

No comments:

Post a Comment